..Dia Pilihanku..
Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku..
..Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia dalah Wanita Soleheh..
Blog Archive
About Me
Blog Archive
Followers
9:39 PM
...SENANTIASA TENANG JIWANYA..LANTARAN ITU ..SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT ..DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA ..MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN..JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA ..SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN ..AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH ..BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH ..
INILAH WANITA SOLEHAH ..TIDAK MEMBIARKAN DIRI MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM..MEMANDANGNYA..MENYEJUKKAN MATA..
DIRINYA TENTERAM ..MEMBIARKAN HIBURAN ..KIRANYA IA SEORANG ISTERI ..KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI .. SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HADAPAN SUAMI ..SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA ..LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN..ALLAH SEMATA-MATA ..MEMADAI DENGAN APA YANG ADA ..TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA ..MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI ..HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA ..MENJADI KEKUATAN JIWA UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA
NATIJAHNYA..LAHIRLAH JIWA SAKINAH..BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.
‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

Subscribe to:
Posts (Atom)